Berangkat ke Brunei Fitness Challenge 2026




Oleh : Rohani Haji Abdul Hamid / Foto : Mohamad Azmi Awang Haji Damit





BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad, 19 April. - Seramai 208 peserta menyertai Brunei Fitness Challenge 2026 (Mile Edition) yang diadakan pagi tadi bertempat di Dar Takaful IBB, di sini.


Berkenan berangkat ke pertandingan berkenaan ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah binti Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah.


Sebanyak tujuh kategori dipertandingkan iaitu Women Open, Women Lite Below 39, Women Lite Above 50, Women Lite Above 40, Men Open, Men Lite Below 39 dan Men Lite Above 40.


Pertandingan ini merupakan anjuran Helmi Abdullah Fitness (HAF) dan disokong oleh Takaful Brunei.


Adapun matlamat diadakan pertandingan ini adalah untuk memberikan kesedaran orang awam dan penduduk Negara Brunei Darussalam untuk lebih peka terhadap isu-isu kesihatan fizikal dan menggalakkan cara hidup sihat dengan melibatkan diri dalam kegiatan sukan dan riadah secara berterusan.


Selain itu juga, bagi memupuk perpaduan, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan lapisan masyarakat serta memberi peluang kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana bagi mempamerkan perniagaan mereka kepada orang ramai.

Close